You are currently browsing volgomuslim’s articles.

musliminvolgograd telah berpindah domain sendiri..sila klik disini

Kerana kita muslim, dan kita mahu Islam berkembang

Cuba lihat masjid kristal di sana…cantik
Perhatikan pula masjid di Putrajaya sana…besar

Bayangkan pula Pusat Islam yang cuba kita bina…
Mungkin tidak secantik itu..Mungkin tidak sebesar itu..

Tapi  bayangkan fungsinya nanti,yang bakal menjadi pemangkin perkembangan Islam di Volgograd,malahan seluruh Russia.

Kita muslim, dan kita mahu Islam berkembang

sumbangan boleh disalurkan kepada:
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 (MAYBANK)
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN

No telefon : 097646155

Ringkasan Khutbah Jumaat Masjid Kirovsky

22 February 2008/15 Safar 1429

Kewajipan sebagai tetamu

Suatu ketika seorang kaum Ansar mengajak Rasulullah s.a.w. dan beberapa sahabatnya ke rumahnya. Dalam perjalanan ke sana, seorang sahabat Nabi telah bertemu dengan baginda, dan mengambil keputusan mengikuti mereka. Apabila tiba di destinasi,Rasulullah s.a.w. memberitahu tuan rumah tersebut bahawa adalah hak tuan rumah untuk mengajak sahabat yang mengikuti mereka tadi, atau tidak, dan mereka tak akan membantah.

Di sini hadrat Rustam menekankan bahawa adalah hak tuan rumah untuk mengajak sesiapa ke rumahnya, dan bilangannya sekali. Bukan hak kita untuk menambahkan bilangan tersebut tanpa persetujuan/permintaannya. Ini kerana kita mungkin akan menyusahkan orang yang mengajak tersebut, kerana mungkin dia tidak mampu melayan lebih dari yang diajak. Maka adalah salah jika kita melawan atau merungut jika tuan rumah tidak memberi rakan kita masuk, kerana bukan hak kita untuk mengajak mereka (ini ialah common sense).

Dinyatakan jugak bahawa salah satu dari hak seorang Muslim terhadap muslim yang lain adalah apabila mereka diajak mereka wajib menerima jemputan.

Adab Makan

Seterusnya Imam Rustam memfokuskan terhadap adab ketika makan di khalayak ramai. Anak Ummu Salamah, isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai tabiat makan yang tidak elok ketika kecil. Satu hari, ketika makan di satu majlis baginda menegur beliau. Antara tegurannya adalah makan dengan tangan kanan serta mengambil makanan yang berhampiran dengannya sahaja dan tidak menghulurkan tangannya mencapai makan yang jauh.

Berkat Makan Jemaah

Seterusnya Hadrat Rustam menceritakan tentang kelebihan makan beramai-ramai. Sekumpulan sahabat2 Nabi berbincang tentang masalah mereka. Mereka merasakan tidak kenyang selepas makan, walaupun kadangkala agak mencukupi. Masalah ini dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. yang menyuruh mereka makan beramai-ramai . Ini kerana Allah memberkati mereka yang makan berjemaah, hikmahnya, walaupun makanan sedikit, mereka akan rasa mencukupi. Walaupun makanan untuk dua orang dikongsi 3 atau empat orang, kerana berkat makanan itu dkongsi, semua orang akan merasa kekenyangan (teringat saya kepada tahun pertama kami dengan 5 orang berkongsi periuk nasi kecil untuk 2 orang).

Adalah diriwayatkan juga, bahawa Saiyidina Ummar r.a., semenjak mendengar hadis ini, sehingga Nabi wafat, zaman menjadi Khalifah sehinggala beliau meninggal dunia, tidak pernah  makan seorang kerana hadis ini. Beliau sering akan ke pasar mencari fakir miskin atau sesiapa saja untuk diajak makan bersama, walau banyak mana makanan yang ada.

Akhir sekali minta maaf jika ada terlepas, atau tersilap terjemahan khutbah Hadrat Rustam, kerana kelemahan diri saya.

Penulis :MuslimBro

img_1590.jpg

Hadrat Rustam membahagikan daging Qurban sebelum khutbah.

image_00201-1.jpg

Sedang menunggu khutbah

from: http://www.fadlykh.blogspot.com/

Antara Usaha Ilmu dan Pengiktirafan

Kalau tidak 5, anda dapat 4. Kalau tidak 4 anda dapat 3… Tiga markah menentukan hidup dan mati! Tidak adil bukan?

Itulah hakikat peperiksaan di Russia. Keadaan lebih membimbangkan apabila perkara ini masih diaplikasikan walaupun kursusnya PERUBATAN dan lagi merisaukan apabila yang menjadi mangsa keadaannya adalah pelajar-pelajar Malaysia.

Mereka ini membesar dalam asuhan sistem pendidikan yang walaupun setelah mana diubah, tetap masih berorientasikan peperiksaan. Inilah yang dialami oleh kami semua yang kini sampai ke bumi Russia atau lebih spesifik lagi Volgograd.

Biar saya jelaskan keadaan…

Sistem peperiksaan Russia sama sekali berbeza dengan sistem peperiksaan negara lain. Kami perlu menjawab soalan secara lisan, sebelum peperiksaan anda akan diberi lebih kurang 200 lebih senarai soalan (yang sebenarnya merangkumi silibus satu buku tebal penuh).

Bila tiba harinya, anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Diberi satu tiket yang ada 3 soalan panjang. Kemudian anda duduk di meja peperiksaan dan diberi pula masa 10-20 minit masa persediaan. Anda menulis sedikit isi-isi penting dan tidak lama kemudian di panggil pensyarah. Setelah berperang mulut dengan pensyarah, dihujani pula dengan soalan-soalan tambahan. Akhirnya, pensyarah tersebut akan menulis markah.(sambil hati anda berdebar-debar, mencuri-curi tengok)

ATLICHNA-excellent (5)
HARASHO-good (4)
UDOVLETBARITYELNA-satisfactory (3)

*Kalau gagal, markah tidak ditulis. Buku zacyot dipulangkan dan anda disuruh mencuba pada hari yang lain.

Hendak dijadikan cerita pula, keadaan tambah menarik sekiranya anda mendapat semua markah 5 untuk tiap-tiap pelajaran (biasanya 3-5) bagi semester tersebut anda akan mendapat anugerah dekan dan dipanggil ATLICHNIK.

Tambah merancakkan lagi keadaan, anugerah ini datang dengan darjah masing-masing; jika cukup 3 kali berturut-turut anda mendapat darjah pertama yang paling tinggi dan akhirnya jika ini kekal, anda bakal mendapat KRASNI DIPLOM (DIPLOM MERAH) pada akhir pengajiaan.

Apa masalahnya?

1. Nilai 5 (ATLICHNA) itu sendiri

Banyak mengatakan 5 itu segala-galanya. Umpama nyawa yang perlu didapatkan. Bila anda mendapat 5, anda dikatakan sebagai pandai dan hebat. Boleh menjawab semua soalan-soalan hebat pensyarah walau macam mana tegas pun dia.

Ada juga yang mengatakan 5 itu kadang kala nasib sahaja. Kebetulan kita dapat menjawab dengan pensyarah kita, cakap sikit-sikit pun boleh mendapat 5. Jadi pelajar kesayangan pensyarah pun boleh juga membantu.

2. Tujuan belajar itu sendiri

Sememangnya kalau sudah namanya masuk ke universiti, mestilah niatnya untuk mencari ilmu. Namun bila orang terkejar-kejar 5, timbul persoalan: Nak cari ilmu ke? Nak dapat 5?

Nanti kalau sudah terbiasa sangat belajar mencari 5. Takut-takut bila kerja nak mencari duit semata.

3. Nilai Usaha itu

Orang yang mendapat semua 5, biasanya tidak banyak dipersoalkan. Secara muktamadnya dia orang berjaya.

Yang menjadi hal antara mereka yang tidak. Golongan ini akan diadili

“Aku dah baca semua dah, tapi kenapa dia nak kasi aku markah 4/3?”
“Cikgu tu memang! Aku tak salah apa-apa pun di bagi 4/3!”

Pengadilan semakin berat apabila

a. keluar sahaja dewan peperiksaan ( setiap sessi hanya boleh memuatkan 10-15 orang), mereka yang menunggu semua bertanya:

“Eh dapat berapa tadi?”

Kalau anda menjawab 5

Balasannya mungkin: “wah tahniah, hebatlah kau!”

Kalau anda menjawab 4

balasanya mungkin ‘diam’ sahaja. Perkara ini bukan salah sesiapa sebenarnya. Orang yang bertanya mungkin diam kerana itu sahaja yang mampu di buat tetapi tidak dapat dielakkan juga, orang yang mendapat 4 terasa bahawa yang bertanya itu mesti sendiri merendah-rendahkan dirinya kerana berdiam diri.

Namun, untuk perkara ini dibincangkan lebih dalam sebenarnya agak klise kerana hakikatnya bila sampai saat-saat akhir apa yang ada dalam fikiran masing-masing adalah untuk segera pulang ke Malaysia. Sungguh! kalau mengikut perangkaannya tidak sampai 1% pelajar yang tidak balik ke Malaysia tahun ini.

Tepuk dada tanya selera, manusia tidak pernah puas itu yang pasti. Kami kembali semula ke Malaysia, mendapat nafas baru dan semua bersemangat semula bila sampai semester depan nanti =)

  taken from http://aizadiha.blogdrive.com/ 

Love Story of A Muallaf

This story has been published in volgo. Jus putting it here for orang di luar kawasan volgo. hehe. its sweet. ke touching. or sad. entahla. even salma herself wept reading it.=p. -aniza


I am truly grateful for being a muslim. Embracing Islam is something I would never regret.My name was Anna. I was born in a religious- Christian practicing family, and I still remember how  I never missed going to the church every  weekend for the so called Sunday prayers.  I could say that my journey to Islam began before I was even aware of it ..Hamid. This was the guy who first showed me the beauty & simplicity of Islam. I knew him by chance, who knows a short conversation at the hostel kitchen connected me with him through bait-al muslim, plus more important thing connected me to the oh-so-syumul Islam! Alhamdullilah.. Thanks to Allah who made the impossible feasible..who showed me this path.

Initially, it was just a coffee-talk (I call it this way because I wasn’t the kind of girl who easily got into friendly conversation with guys). But, the modesty of him somehow  gave me a picture that he was so not like any other Russians or Arabs or other foreigners who mingle around girls. I even drank his coffee despite the truth that I never had even a sip of coffee before!

It was a snatch of the conversation when I suddenly became frantically worry, having such talk with someone who was not in the same beliefs with me. Hence I inquired him ‘What’s your religion?’, hoping that he was a Christian-or if he wasn’t, I was gonna make him one. Then Hamid said “Islam!”which made me frown. I didn’t have any idea what Islam was!  Some pictures reeled in my mind bad perception about Islam, and the ideas gradually percolated through my empty mind. Good God, Hamid corrected me by explaining about Islam.. a bit and a bit and a bit.. Without realizing it…our chemistry worked right away.

I once invited him to the church, purposely to bring him to Christianity cum testing his Iman. To my shock, I was astounded by the way he agreed-without any doubt. I asked him why, and I became more astonished when he told me “My religion is inside me, it’s in my heart and I am going to prove to you that NOTHING will change my Islam”..and that was the point that changed my perception towards this deen.The Great Islam. 

Eventually on that day, we bought a book entitled ‘Christian and other religions’. The book wrote lousy and perverted logic about Islam, our prophet Muhammad p.b.u.h. and the muslims. It brought me to a state of shock and shame, regarding the fact that Christian draws massive misconceptions about Islam, but in contrast.. Hamid said that “We respect other religions”. Without any hesitation, I tore the book to shreds.

Since then, I didn’t go to church anymore. Hamid and I discussed Islam, and faith in God, in general, and everything he said made sense to me. Hamid had the patience of angels to deal with my slow thinking and silly questions, but he never gave up hope in me.  I asked him what I have to do if I want to convert to Islam. He replied with only one simple word”Syahadah!” . I was surprised, because if we want to be a Christian, we would have to pay to the church, and so the ‘heavenly’ priest can shower us with the so called Holy Water for  the baptism ceremony.  Furthermore, we even have to pay to get married, and we have to buy the ‘Ikon’ for praying. Basically it’s  all about money!!! $$

I asked Hamid how the muslims perform their prayers. He replied, saying that the muslims can pray anywhere they want. It was something really new to me, I learned that this is a sacred land created by Allah The Almighty, it’s not a big fuss bowing on the ground worshipping the God. Compared to Christian, we can only pray in church, or else we have to have the ‘Ikon’ for praying in our own crib!!

Slowly, my mind started to agree with my heart, and I started to picture myself as a Muslim. Eventually, Hamid asked me about the concept of trinity which I was anxious to answer his question because it was something I had been holding for such a long time. I carefully started putting my knowledge into words.. I explained to make him understand-but suddenly I came to an abrupt halt!! My mouth was locked and I couldn’t find the key because my heart finally objected my previous faith..and I didn’t believe in my wisdom anymore. I was completely flummoxed by the whole thing.  Subhanallah..

“No, I will not proceed to tell you..”  I said, turned away and ran bursting into tears.

From that point, we started to discuss more and more about Islam. About the Holy Quran, The Prophet p.b.u.h I still remember learning ‘Alhamdulillah’ as my very 1st Arabic word. It was still crystal clear in my mind how I wept reading the translation of the Al-Fatihah for the first time.  Islam is a religion of peace. It is the natural religion of mankind and has existed since the beginning of time.

I found the truth in myself sooner than I had expected. One day, I read Sura Maryam and felt so near as it is about The Jesus and his mother Mary.  At that time, I knew there was no turning back. I could wait no longer . . Trembling, I knocked on Hamid’s door and made the best decision I had ever done in my whole entire life-

“Hamid, I want to embrace Islam”..  and so my mouth was wet with Syahadah for the first time Alhamdulillah~

Story of : Salma Al-Masry, Volgograd State Medical University, Russian Federation

salma2

salma

Note:

Alhamdulillah.Salma married Hamid.She’s now living in Cairo,Egypt with him after numerous of tests that only a true believers of Islam can withstand.A true example of Muslims to follow.We pray that Allah will always bless them…

Hadrat Ilias

It was -20 degrees and last Monday Jimi,Usen,Ete and me went to the mosque in Lingaranskaya to meet up with Volgorad’s mufti, Hadrat Ilias to give him another collection of donations for the building of Kirovsky mosque.

The mufti offered us to see the site in Kirovsky after that, at first by van(mashrutka)but alhamdulillah, when we’re leaving a man came to pray in the mosque who coincidentally is a taxi driver working in Kirovsky(what are the chances,it was like more than 20kms away),so we waited for him to finish praying  and he took us there for free.

Taxi

It was the first time that I rode a taxi in Russia that plays a ceramah(in Russian) and Quran recitations (actually I never rode a taxi in Malaysia playing a ceramah), but better was the story of the cab driver..how he worked in socialist factory without missing a solat (it seems that driving a cab is the profession of choice for Muslims here so that their prayer time will not be affected)

The mosque

After 40 minutes (of me sitting on Ete’s superior anterior iliac bone and Usen sitting on mine) we arrived at the site. It was a good site indeed, before this we thought that it’d be further ahead, around Firuz’s(our Tajikistani friend) but it’s actually near the main road. It can be reached by almost every “C” (anyone in Volgograd will know what this mean) mashrutkas.

image_00174-1.jpg

The foundation

image_00172-1.jpg

Hadrat Ilias showing the site

image_00176-1.jpg

with Hadrat Ilias

Mr Nazim

Then we went to Mr. Nazim’s Kvartira(apartment),the project manager for the Kirovsky’s mosque, a man in his 60-70s.he told us that they need approximately 15milllions roubles to build the whole mosque and now they have collected around 2millions,spending 1.5millions just for the plans and foundations.

The project is now on hold because of the weather, why? because to mix cement with ice is impossible.Volgograd had been frozen(under -20) for the last few weeks. So until the temperature is at least 10 degrees the project will be postponed.

Malaysians had donated around 200 thousand roubles until now.

Wallahualam

ps: -RM1 is around 7.3Roubles now

-tuanzamani.blogdrive.com-

VOLGOGRAD

volgomap

Volgograd ialah sebuah bandar yang terletak di tebing Sungai Volga di tengah-tengah Volgograd Region. Diasaskan pada 1589 sebagai  dengan nama Tsaritsyn dan kemudiannya ditukar nama di kepada Stalingrad pada 1925 dan akhirnya pada 1961 nama bandar ini ditukar lagi kepada Volgograd dan kekal sehingga sekarang.

tugu

tugu “Mother Russia” di atas bukit Mamayev,pinggir bandar Volgograd

tugu2

muzium “Panorama” di tebing Sungai Volga.

KOMUNITI MUSLIM DI VOLGOGRAD

Muslim asal Volgograd kebanyakannya adalah berketurunan etnik Tatar,Tajik,Chechen dan etnik-etnik lain. Majoriti mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah dan mengikuti mazhab Hanafi.

Walaupun mengalami tekanan yang hebat pada zaman pemerintahan kerajaan sosialis yang atheis, kebanyakan Muslim tetap dengan agama Islam dan mempelajarinya  secara sembunyi.

Sekarang Islam adalah antara agama yang paling pesat berkembang di Volgograd,baik dari jumlah penganut baru ataupun warga muda berketurunan Islam asal yang berjinak-jinak kembali kepada Islam selepas dibasuh dengan atheism.Hasilnya, masjid yang digunakan sekarang(3 tingkat) amat sesak setiap kali solat Jumaat dan solat Hari Raya.

Oleh kerana itu,cadangan Mufti Volgograd sekarang,Hadrat Ilyas untuk membina masjid baru di Kirovsky District adalah relevan untuk menampung perkembangan umat Islam di sini dan juga kehadiran Muslim dari negara lain yang  bekerja dan belajar di Volgograd.

Laman ini adalah hasil cetusan idea pelajar-pelajar Muslim Malaysia di Volgograd yang ingin memperkenalkan komuniti Islam di sini dan melancarkan lagi kutipan derma pembinaan masjid khasnya.

Semoga usaha ini diberkati Allah.

 Wallahualam.

raya

Hari Raya di Volgograd

raya2

Pelajar Malaysia bersama Imam Masjid,Hadrat Abdul Ghani

Untuk Maklumat Lanjut tentang Projek pembinaan Masjid Kirovsky sila hubungi:

1) Mohd Fitry bin Zainal Abidin 

Emel : mohdfitry@yahoo.co.uk

HP   : +79275417379

2) Mohammad Hazimi bin Hamzah 

Emel : acchondongi@yahoo.com

HP   : +79176483139

3) Syed Hussein Barakbah bin Syed Azhar   

Emel  : husskenlace@yahoo.com

HP    : +79199851648

4) Tuan Zamani Amir bin Tuan Zakaria  

Emel :  tuanzamani@yahoo.com

HP   :  +79197931553

Sumber:

1) http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Russia

2) http://en.wikipedia.org/wiki/Stalingrad

Aim of Collection

Fund progress 2000000roubles of 15000000roubles (13.333%) (~RM2 million)






April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Statistics

  • 6,256 hits